Adakah anda tahu pinggan mangkuk jenis apa yang sesuai untuk F&B Business korang?

Pinggan mangkuk memang ada kesan besar pada bisnes F&B. Jadi boleh tingkatkan cara penyampaian makanan, pengaruh pengalaman pelanggan, dan tunjukkan identiti jenama. Selain tu, pinggan mangkuk yang tahan lama boleh kurangkan kos penggantian dan kekalkan kecekapan restoran masa servis. 

Jadi, pinggan mangkuk apa yang sesuai untuk bisnes anda, dan apa pilihan yang ada?

Dekat pasaran, pinggan mangkuk selalunya dibuat dari bahan macam melamin, porselin, seramik, kaca, plastik, logam, dan stoneware.

Melamin dan porselin memang popular, terutama untuk bisnes F&B macam restoran, kafe, atau katering. Melamin terkenal dengan ketahanan, harga berpatutan, dan banyak pilihan warna serta reka bentuk. Sebaliknya, porselin dikenali dengan rupa klasik dan elegan.

Tapi, nak pilih antara dua-dua ni untuk keperluan bisnes boleh jadi agak susah juga. Hari ni, jom kita tengok lebih dekat pilihan mana yang lebih sesuai untuk bisnes anda.

Melamine Ware

1. Ketahanan: 

Diperbuat daripada plastik yang tahan lasak, ringan, tak mudah pecah, dan kalis calar. Memang sesuai untuk pemilik bisnes katering yang perlu cuci banyak pinggan dalam satu masa.

 

2. Selamat & Tak Beracun: 

Dibuat daripada bahan BPA-free (Bisphenol-A) dan ikut piawaian keselamatan makanan. Jadi, boleh guna setiap hari tanpa risau tentang keracunan atau bahaya kepada pelanggan.

3. Pelbagai Rekaan: Ada banyak pilihan warna, corak, bentuk, reka bentuk, dan gaya. Lebih banyak pilihan berbanding porselin. Ada bentuk unik macam kapal, oval, daun pisang, dan lain-lain.

4. Tahan Panas: 

Boleh tahan suhu tinggi tapi tak sesuai untuk oven/mikrowave. Selamat untuk hidang makanan panas tapi tak boleh letak makanan yang sangat panas atas pinggan melamin.

 

5. Kos Efektif: 

Biasanya lebih murah daripada porselin dan kos penggantian pun lebih rendah sebab ketahanannya. Boleh tiru rupa seramik atau porselin. Jadi, pemilik bisnes boleh jimat dengan pilih melamin.

 

6. Sesuai untuk:

  • Restoran Santai & Mesra Keluarga

  • Perkhidmatan Bufet & Katering

  • Rangkaian Makanan Segera

  • Kantin & Cafeteria

  • Ruang Makan Luar & Patio

Porcelain Ware

1. Ketahanan:

Dibuat daripada sejenis seramik yang dibakar pada suhu tinggi untuk menghasilkan permukaan yang keras dan tidak berliang. Tahan lama dan tahan panas, tetapi lebih mudah pecah berbanding melamin. Memerlukan pengendalian berhati-hati, dan warna putihnya tidak luntur.

 

2. Daya Tarikan Estetik:

Dikenali dengan penampilan yang elegan dan pilihan perkakas meja dan dapur yang mewah, sebab itulah banyak kafe yang menyajikan makanan barat mengekalkan gaya penyampaian yang lebih baik.

 

3. Pelbagai Rekaan: 

Tersedia dalam pelbagai corak dan gaya. Selalunya mempunyai reka bentuk yang rumit dan butiran halus.

4. Ketahanan Panas:

Porselin selamat untuk digunakan dalam mikrowave dan pencuci pinggan, dan ketebalannya memudahkan pemanasan.

5. Kos Efektif:

Harga biasanya lebih tinggi berbanding Melamin.

 

6. Sesuai untuk:

  • Restoran Mewah

  • Majlis Korporat

  • Hotel & Resort

  • Kafe & Bistro

  • Dewan Bankuet & Acara

  • Restoran Khas seperti Jepun atau Perancis.

Kesimpulan

Melamin dan porselin masing-masing mempunyai kelebihan sendiri. Sekarang, korang seharusnya mempunyai idea yang lebih baik tentang yang mana satu lebih sesuai untuk perniagaan anda.

Nak cari melamin atau porselin tepi tidak tahu nak mula dari mana? Tertanya-tanya di mana hendak mencarinya? Mahu melihat lebih banyak sampel tetapi tidak mahu pergi ke banyak kedai?

Mari la lihat katalog kami kat website: https://alatdapurmy.com/products/.

AlatDapur telah berkhidmat lebih daripada 20 tahun dalam industri F&B.

Kami mempunyai lebih daripada 16,000 jenis produk berbeza yang dipamerkan di kedai kami termasuk Melamin dan Porselin, dengan pelbagai warna, saiz, corak, bentuk, reka bentuk dan gaya, semuanya sedia stok!

Jika korang tak ada masa nak pickup, kami boleh menawarkan perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama terus ke restoran korang.

Untuk sebarang pertanyaan atau quotation, sila WhatsApp kami di 012-9387 585. Kami akan balas dalam masa 24 jam, sepanjang 365 hari.

Lebih baik lagi, lawat ke kedai kami dan selesaikan semuanya sekali gus. Waze je ke AlatDapur Semenyih & Bangi.

Kami Bersedia.
Adakah Anda?

Lawati Kedai Kami

ms_MYMalay