Kongsi Rahsia! 5 Cara Naikkan Sales Business F&B Anda
Hi, adakah anda owner dalam bidang makanan dan minuman (F&B) yang sentiasa dalam masalah nak kekalkan business? Rasa macam hidup dalam dugaan setiap hari, kan? Memang mencabar la zaman sekarang, terutamanya dalam industri F&B. Susah gila nak dapat staff yang betul-betul komited, kan? Hari ni, saya nak kongsi rahsia kat korang – “5 Cara Naikkan Jualan F&B Anda!” 1. Reka Strategi Menu Korang pernah tak nampak customer korang berfikir lama dalam menu kedai? Mesti la pernah, kan? Tengok menu macam nak masuk hutan tanpa Waze! Ini macam customer kita sesat dalam hutan! Nak beri arah yang betul kat customer, menu kita kena macam Waze – betul-betul tunjuk arah kat customer. Sebabnya, kebanyakan pelanggan tak tahu nak makan apa! Sebagai owner F&B, penting gila nak design menu yang power. Jangan biar menu berterabur, buat customer stress nak pilih! Kena buat menu yang kena dengan cita rasa customer, bukan simply letak makanan je. Pastikan ada gambar makanan, hidangan istimewa, dan ‘chef recommended’. Senang customer nak pilih, takyah fikir lama. Win-win, kan? 2. Kekalkan Staff Banyak dalam bidang makanan dan minuman (F&B) ni mengadap satu problem besar – kurang staff! Nak cari staff baru? Macam cari jarum dalam jerami. Lagi teruk, nak buat diorang stay lama dengan kita. Kita kena jadikan tempat kerja kita macam magnet – tarik staff masuk! Tawarkan insentif yang menggiurkan, atau bagi la fleksibiliti dalam jadual kerja. Kalau tak, staff kita melompat macam katak kat batu panas. Pastu, jangan lupa nak jaga staff kita. Beri la peluang untuk dorang belajar dan berkembang, serta cipta satu atmosfera kerja yang positif. Kalau tak, confirm staff kita cabut! Automasi dan teknologi pun boleh jadi kawan baik kita. Kurangkan beban kerja staff, tambah efisiensi operasi. Last sekali, jangan lupa nak berkolaborasi dengan institusi pendidikan. Program internship tu boleh jadi pintu masuk untuk dapat staff yang berkualiti. Siapa tahu, mungkin ada bakal chef hebat tersorok kat sana! 3. Lokasi Yang Strategik Bagi korang yang nak buka kedai baru, memilih lokasi yang strategik adalah penting untuk meningkatkan jualan kerana tempat yang sesuai boleh menarik lebih ramai pelanggan. Apabila bisnes diletakkan di lokasi yang strategik, seperti tempat yang ramai orang lepak atau berada di kawasan yang selalu dilalui oleh orang ramai, ia memberi peluang yang tinggi untuk mendapat perhatian pelanggan. Selain itu, memilih lokasi yang mudah diakses dengan kenderaan awam juga penting kerana ia memudahkan pelanggan untuk datang ke kedai anda tanpa sebarang kesulitan. Dengan ni, anda boleh maksimumkan potensi jualan kerana kedai anda lebih mudah dilihat dan diakses oleh pelanggan yang potensial. 4. Menjaga Marketing Online Korang tau tak, laporan baru ni cakap 80% pelanggan guna telefon pintar nak cari kedai makan atau buat tempahan. Kalau website kedai korang selalu down atau sosial media tak menarik, memang rugi besar! Jadi, memang kena active kat sosial media. Samada owner/staff jaga sendiri atau boleh outsourced kepada agency. Boleh cuba juga idea-idea baru untuk promosikan kedai atau makanan korang. Janji active & creatif! Bayangkan kalau korang ada deco makanan yang memukau kat atas pinggan, mangkuk, cawan yang unik. Confirm pelanggan tak boleh tahan nak snap gambar untuk share kat social media! Yang ni teknik “Free exposure” untuk kedai & makanan korang, why not? 5. Ada Pembekal Yang Boleh Dipercayai Korang tahu tak, kajian terbaru menunjukkan 76% usahawan sibuk melaksanakan tugas 3-6 pekerja, tak boleh fokus pada perkara penting untuk bisnes diorang… Caranya senang je, dengan Pembekal yang reliable, korang boleh fokus sepenuhnya pada bisnes, tak payah pening kepala cari sana-sini untuk dapatkan alatan dapur, terutamanya kalau korang baru nak buka restoran. Kat AlatDapur, kami ada lebih 16,000 jenis pinggan, mangkuk, dan alatan dapur lain. Nak pilih bentuk apa-apa pun ada kat sini. Nak tempah kuantiti banyak pun, kami ada ready stock dan boleh dapat harga exclusive! Ada service penghantaran segera juga! Jimat Wang dan Masa! Kami dah berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang F&B dan sedia membantu korang dengan apa-apa masalah. Dengan ini, korang dapat tumpukan pada naikkan sales atau apa yang penting untuk Bisnes anda. Janggan tunggu lagi, Jom check katalog kat website kami – https://alatdapurmy.com/products untuk lihat lagi banyak produk lain. Boleh terus singgah ke showroom kami kat Alatdapur Semenyih / Bangi atau WhatsApp kami: Hubungi Kami Sekarang! Kami Bersedia. Adakah Anda? Penghantaran Segera Perundingan Percuma Pembekal Peralatan Dapur Sehenti 20+ Tahun Pengalaman Dalam Bidang F&B Harga Perniagaan Eksklusif Servis Selepas Jualan Yang Menyeluruh Dapatkan Sebut Harga Sekarang >> Lawati Kedai Kami Setia Ecohill Taipan, Semenyih, Selangor. Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor. Taman Bukit Anggerik, Cheras, Kuala Lumpur.
Kongsi Rahsia! 5 Cara Naikkan Sales Business F&B Anda Read More »