menu

Kongsi Rahsia! 5 Cara Naikkan Sales Business F&B Anda

Hi, adakah anda owner dalam bidang makanan dan minuman (F&B) yang sentiasa dalam masalah nak kekalkan business? Rasa macam hidup dalam dugaan setiap hari, kan? Memang mencabar la zaman sekarang, terutamanya dalam industri F&B. Susah gila nak dapat staff yang betul-betul komited, kan? Hari ni, saya nak kongsi rahsia kat korang –  “5 Cara Naikkan Jualan F&B Anda!” 1. Reka Strategi Menu Korang pernah tak nampak customer korang berfikir lama dalam menu kedai? Mesti la pernah, kan? Tengok menu macam nak masuk hutan tanpa Waze! Ini macam customer kita sesat dalam hutan! Nak beri arah yang betul kat customer, menu kita kena macam Waze – betul-betul tunjuk arah kat customer. Sebabnya, kebanyakan pelanggan tak tahu nak makan apa! Sebagai owner F&B, penting gila nak design menu yang power. Jangan biar menu berterabur, buat customer stress nak pilih! Kena buat menu yang kena dengan cita rasa customer, bukan simply letak makanan je. Pastikan ada gambar makanan, hidangan istimewa, dan ‘chef recommended’. Senang customer nak pilih, takyah fikir lama. Win-win, kan? 2. Kekalkan Staff Banyak dalam bidang makanan dan minuman (F&B) ni mengadap satu problem besar – kurang staff! Nak cari staff baru? Macam cari jarum dalam jerami. Lagi teruk, nak buat diorang stay lama dengan kita. Kita kena jadikan tempat kerja kita macam magnet – tarik staff masuk! Tawarkan insentif yang menggiurkan, atau bagi la fleksibiliti dalam jadual kerja. Kalau tak, staff kita melompat macam katak kat batu panas. Pastu, jangan lupa nak jaga staff kita. Beri la peluang untuk dorang belajar dan berkembang, serta cipta satu atmosfera kerja yang positif. Kalau tak, confirm staff kita cabut! Automasi dan teknologi pun boleh jadi kawan baik kita. Kurangkan beban kerja staff, tambah efisiensi operasi. Last sekali, jangan lupa nak berkolaborasi dengan institusi pendidikan. Program internship tu boleh jadi pintu masuk untuk dapat staff yang berkualiti. Siapa tahu, mungkin ada bakal chef hebat tersorok kat sana! 3. Lokasi Yang Strategik Bagi korang yang nak buka kedai baru, memilih lokasi yang strategik adalah penting untuk meningkatkan jualan kerana tempat yang sesuai boleh menarik lebih ramai pelanggan. Apabila bisnes diletakkan di lokasi yang strategik, seperti tempat yang ramai orang lepak atau berada di kawasan yang selalu dilalui oleh orang ramai, ia memberi peluang yang tinggi untuk mendapat perhatian pelanggan. Selain itu, memilih lokasi yang mudah diakses dengan kenderaan awam juga penting kerana ia memudahkan pelanggan untuk datang ke kedai anda tanpa sebarang kesulitan. Dengan ni, anda boleh maksimumkan potensi jualan kerana kedai anda lebih mudah dilihat dan diakses oleh pelanggan yang potensial. 4. Menjaga Marketing Online Korang tau tak, laporan baru ni cakap 80% pelanggan guna telefon pintar nak cari kedai makan atau buat tempahan. Kalau website kedai korang selalu down atau sosial media tak menarik, memang rugi besar! Jadi, memang kena active kat sosial media. Samada owner/staff jaga sendiri atau boleh outsourced kepada agency. Boleh cuba juga idea-idea baru untuk promosikan kedai atau makanan korang. Janji active & creatif! Bayangkan kalau korang ada deco makanan yang memukau kat atas pinggan, mangkuk, cawan yang unik. Confirm pelanggan tak boleh tahan nak snap gambar untuk share kat social media! Yang ni teknik “Free exposure” untuk kedai & makanan korang, why not? 5. Ada Pembekal Yang Boleh Dipercayai Korang tahu tak, kajian terbaru menunjukkan 76% usahawan sibuk melaksanakan tugas 3-6 pekerja, tak boleh fokus pada perkara penting untuk bisnes diorang… Caranya senang je, dengan Pembekal yang reliable, korang boleh fokus sepenuhnya pada bisnes, tak payah pening kepala cari sana-sini untuk dapatkan alatan dapur, terutamanya kalau korang baru nak buka restoran. Kat AlatDapur, kami ada lebih 16,000 jenis pinggan, mangkuk, dan alatan dapur lain. Nak pilih bentuk apa-apa pun ada kat sini. Nak tempah kuantiti banyak pun, kami ada ready stock dan boleh dapat harga exclusive! Ada service penghantaran segera juga! Jimat Wang dan Masa! Kami dah berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang F&B dan sedia membantu korang dengan apa-apa masalah. Dengan ini, korang dapat tumpukan pada naikkan sales atau apa yang penting untuk Bisnes anda. Janggan tunggu lagi, Jom check katalog kat website kami – https://alatdapurmy.com/products untuk lihat lagi banyak produk lain. Boleh terus singgah ke showroom kami kat Alatdapur Semenyih / Bangi atau WhatsApp kami: Hubungi Kami Sekarang! Kami Bersedia. Adakah Anda? Penghantaran Segera Perundingan Percuma Pembekal Peralatan Dapur Sehenti 20+ Tahun Pengalaman Dalam Bidang F&B Harga Perniagaan Eksklusif Servis Selepas Jualan Yang Menyeluruh Dapatkan Sebut Harga Sekarang >> Lawati Kedai Kami Setia Ecohill Taipan, Semenyih, Selangor. Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor. Taman Bukit Anggerik, Cheras, Kuala Lumpur.

Kongsi Rahsia! 5 Cara Naikkan Sales Business F&B Anda Read More »

5 Tips untuk Katering Di Luar Rumah

Perkara biasa untuk mengadakan majlis makan-makan di luar rumah di Malaysia. Salah satu sebab kenapa orang suka tempah katering adalah, mereka nakkan suasana yang berbeza, memudahkan kerja tidak perlu untuk menggunakan tenaga berlebihan. Disamping cipta pengalaman serta kenangan manis untuk majlis. Selain dapat rasa suasana alam semula jadi sambil menikmati makanan yang disajikan. Tak kira lah perkahwinan, parti atau majlis di luar, datang dengan pelbagai cabaran tersendiri. Serangga perosak, sumber air dan cuaca buruk adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan untuk anda sediakan katering luar tempat berbumbung. Rujuk 5 tips ni, membantu anda bersedia untuk majlis diluar tempat berbumbung yang menakjubkan! 1. Biasakan Diri Dengan Tempat Acara Luar Tersebut Lebih baik untuk melihat lokasi lebih awal daripada majlis supaya anda boleh merancang persediaan katering dengan lebih baik. Susun atur tempat boleh memudahkan anda menentukan peralatan yang perlu dibawa serta rancang penyediaan. Sebagai contoh, jika kawasan untuk letak makanan buffet anda berada di luar, trak makanan perlu diletakkan jauh dari pandangan tetamu, adalah penting untuk mengetahui sejauh mana pelayan anda perlu membawa pinggan mangkuk dan bekalan lain dari ruang penyediaan. Di samping itu, anda perlu memastikan ruang cukup besar untuk memuatkan tetamu serta mengambil kira penjarakan sosial. Jika anda tidak dapat pergi ke tapak lokasi sebelum hari kejadian, pastikan hubungi wakil lokasi dan bercakap dengan mereka tentang pelan tapak. Pastikan bertanya tentang butiran terkecil yang mungkin anda perlu tahu. Tanya tentang keluasan, tempat sambungan elektrik dan tahap cahaya disitu. 2. Ketahui Had Zon Dan Mempunyai Permit Yang Diperlukan Had zon biasanya digunakan untuk membezakan antara ruangan majlis dan kediaman orang. Sesetengah majlis, ada had yang diletak. Terutama jika melibatkan ruang sementara seperti jalan tertutup atau tempat letak kereta. Kebanyakkan tempat, permit diperlukan untuk kelulusan daripada bomba, RELA ataupun polis trafik. Jika anda tidak merancang majlis tersebut, pastikan anda tahu rancangan itu diluluskan untuk mengelakkan denda. 3. Rancang Menu Mengikut Ruang Apabila memilih menu, pertimbangkan bagaimana keadaan luar boleh mempengaruhi apa yang tetamu ingin makan. Beberapa faktor yang mungkin mempengaruhi keputusan anda termasuk ruang yang tersedia, masa dalam tahun dan tahap bunyi. Contohnya, jika tetamu sedang makan di sebelah pembesar suara yang memainkan muzik kuat, sesetengah tetamu mungkin tidak mahu duduk terlalu lama dan lebih suka makanan mudah dibawa ke lokasi yang lebih tenang. Tetamu di kawasan makan yang sesak mungkin merasakan perkara yang sama. Sebaliknya, tetamu di majlis perkahwinan luar rumah biasanya bersedia untuk kekal duduk untuk hidangan penuh, tidak kira tahap bunyi atau bilangan orang yang hadir. 4. Mempunyai Pelan Lain Sekiranya Cuaca Tidak Baik Salah satu bahagian paling rumit dalam katering diluar kawasan berbumbung ialah cuaca. Ia boleh menyebabkan perkhidmatan makan anda tidak diterima. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk tidak menganggap majlis itu dibatalkan jika cuaca ternyata kurang ideal. Bersedia menghadapi cuaca buruk dengan persediaan dan bekalan yang betul boleh membantu menyelamatkan majlis sekiranya ribut. Sebagai contoh, menyediakan khemah kanopi. Hal ini boleh menjadi tempat perlindungan untuk tetamu serta peralatan anda. Semasa penyediaan, ambil masa untuk mengetahui sama ada kord sambungan dan penjana yang menghidupkan peralatan anda dilindungi dan selamat daripada hujan. Banyak bekalan katering luar tidak kalis cuaca sepenuhnya, jadi tutup kawasan penyediaan anda adalah satu kemestian. Gagal menyediakan pelan kecemasan boleh menyebabkan anda terkial-kial pada hari majlis dan menghalang keupayaan anda untuk melaksanakan tugas. 5. Pilih Peralatan Yang Serasi dengan Ruang Acara Memasak diluar boleh memberikan banyak cabaran bagi mereka yang tidak biasa. Tanpa keselesaan dapur, peralatan katering luar yang sesuai untuk ruang anda boleh menentukan sejauh mana majlis berjalan dengan lancar. Di bawah ialah beberapa komponen utama yang perlu dipertimbangkan semasa memutuskan cara membuat dapur luaran sementara. Sumber Kuasa Elektrik dan SambunganAnda perlu ada sumber kuasa elektrik berguna untuk mana-mana peti sejuk. Yang mungkin anda perlukan untuk penyediaan makanan. Walaupun tempat itu sediakannya, pertimbangkan untuk mempunyai penjana dan kord sambungan sendiri untuk memastikan peralatan anda boleh digunakan apabila tiba di majlis. Apabila membeli penjana, pastikan voltannya serasi dengan peralatan anda. Dah tentu anda taknak bazirkan kepada sesuatu yang merugikan bukan? Cecair Propana atau Gas Asli untuk MemasakTentukan sama ada anda ingin menggunakan cecair propana atau gas asli sebagai sumber haba untuk memasak. Cecair Propana adalah lebih cekap tenaga, jadi anda mungkin tidak perlu membawa banyak tangki berat bersama anda ke lokasi. Sebaliknya, gas asli selalunya lebih memakan kos daripada propana. Apabila memilih sumber memasak, jangan berasa terhad oleh pilihan yang mana peralatan anda telah sediakan. Dalam kebanyakan kes, anda boleh membeli kit penukaran untuk menjadikan bekalan anda serasi dengan sumber pilihan. Pastikan anda mengatur dengan profesional, memasang dengan selamat sebelum majlis. Peralatan Memasak Mudah AlihJika anda kerap mengadakan majlis diluar, anda mungkin mahu melabur dalam peralatan katering luar mudah alih. Bekalan seperti gril luar dan julat gas mudah alih senang dialihkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Selain itu, banyak pilihan direka untuk persediaan yang lebih mudah. Kami Bersedia. Adakah Anda? Penghantaran Segera Perundingan Percuma Pembekal Peralatan Dapur Sehenti 20+ Tahun Pengalaman Dalam Bidang F&B Harga Perniagaan Eksklusif Servis Selepas Jualan Yang Menyeluruh Dapatkan Sebut Harga Sekarang >> Lawati Kedai Kami Setia Ecohill Taipan, Semenyih, Selangor. Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor. Taman Bukit Anggerik, Cheras, Kuala Lumpur.

5 Tips untuk Katering Di Luar Rumah Read More »

en_USEnglish