Barang Wajib Ada Untuk Bisnes Katering
Semua pemilik katering kat luar sana dah tahu ke apa barang perlu ada untuk bisnes anda? Masih keliru lagikan macam-macam peralatan kelengkapan yang perlu ada untuk menjayakan perniagaan anda? Apa peralatan yang wajib and ada untuk bisnes katering anda? 1. Bekas Makanan Kecil Tetamu dapat bawa pulang apa-apa aje makanan yang tak sempat mereka makan. Kan dah kurangkan pembaziran kat situ. Mudah untuk makan kemudian. Jadi anda pun tak perlu pening, lebihan makanan nak dibawa atau dibuang ke mana. Tambah label stiker syarikat anda, boleh jadi peluang tunjukkan branding. Tambah details penting macam nombor phone supaya senang customer nak hubungi anda. Branding macam ni sebenarnya berkesan untuk ingatkan customer di majlis yang akan datang. 2. Meja Perlu sediakan meja anda sendiri untuk letak hidangan buffet dan display. Anda mesti cari meja yang sesuai dengan kegunaan. Jadi dapat kekalkan kekemasan ketika menyusun dan serve makanan. 3. Chafing Dish Setiap hidangan yang anda dah masak mesti lah nak hidangkan di dalam bekas, jadi chafing dish ni sangat sesuai untuk semua jenis makanan. Dan ia merupakan barang paling penting. Makanan pun terselamat dari tercemar, tertutup rapi dan elakkan makanan cepat sejuk. Anda mesti nak tetamu berselera waktu makan nanti kan? Kalau sejuk, boleh jadi banyak leftover foods terbazir pula. 4. Peralatan Hidangan Peralatan ni pun penting untuk anda serve dan mengekalkan makanan bersih. So memudahkan lagi pelanggan anda menggunakan peralatan dengan ambil makanan layan diri atau and sendiri serve kan. Contohnya, sudu, penyepit, garfu, senduk dan sebagainya. 5. Pinggan dan Dulang Bukan cuma untuk hidang makanan, tapi imej dan simbolik untuk daya tarikan tetamu tengok display makanan anda. Makanan akan lebih terserlah dan tetamu lebih tertumpu pada kreativiti anda menghidangkan makanan di atas pinggan atau dulang bertingkat. orang kata, dari mata turun ke hati. Tak begitu? Ia bantu anda untuk serve makanan dengan kemas. Bentuk yang berbeza-beza serta saiz memberi impak versertail selain menampung pelbagai jenis makanan. 6. Mangkuk dan Piring Perlu ada untuk menyenangkan tetamu memilih makanan sampingan secara berasingan, tidak tercampur sekali dengan makanan lain. ada pelbagai jenis bentuk, sesuai untuk makanan macam salad ,kuah dan bahan perasa. Lebih tersusun kan? Boleh asingkan, mudah dipindahkan, Semua makanan sampingan ni menambahkan lagi ‘rasa’ bagi majlis. Jangan Biarkan Gangguan Pembekalan Barang Menghalang Kejayaan Perniagaan Anda! Biarkan Pakar AlatDapur Membantu Nak Sesi Perundingan Percuma Sekarang !! >> 7. Kulteri dan Napkins Sediakan kulteri yang cukup supaya tetamu dapat semua yang mereka perlu. Tetamu selesa, anda pun gembira. Kulteri pakai buang, menjimatkan masa untuk cuci. Tambahkan keserian untuk majlis majlis yang lebih formal. Napkin untuk tetamu lap tangan dan mulut bagi kekal bersih. 8. Gelas Minuman dan Cawan Bila anda prepare minuman, kena ada gelas yang sesuai. Tambahkan unsur elegan serta sofistikated kepada majlis. Paling penting, kena dengan tema. Tapi, bergantung kepada formalis majlis dan jenis minuman yang disediakan. 9. Pemanas dan Penyejuk Makanan Dapat kekalkan suhu makanan. Samada dalam perjalanan atau sedang dihidangkan, tetap tidak berubah rasa, suhunya. Tekstur kekal sama, selamat dari pencemaran, berkualiti tinggi ketika tetamu menikmatinya. Bila semua ini anda dapat maintain, dah tentu customer akan repeat servis anda kan? 10. Peralatan Mencuci Pastikan tempat sajian makanan bersih dan kemas. Penting untuk mengekalkan persekitaran professional dan selesa. Apa apa kesan tumpahan atau kotoran, dapat dibersihkan secara terus. Ini menunjukkan anda mengambil kira secara detail. Tetamu jadi percaya kepada makanan yang anda sediakan. Jadi takdelah mereka risau tentang isu keracunan makanan dan sebagainya. Betul? 11. Pelbagai Lagi Peralatan Lain Contohnya kain meja, sarung tangan pakai buang, aluminium foil, plastic wrap, label makanan, pen dan marker pun penting tau. Apa fungsinya? Kain lapik meja boleh berikan suasana astetik. Sarung tangan pakai buang dapat memastikan keselamatan, kebersihan makanan. Aluminium foil dan plastic wrap membantu untuk penyimpanan baki makanan. Label makanan dengan pen boleh cipta suasana yang impresif dan memastikan majlis tiada kekurangan. Boleh guna bila bila perlu. Kesimpulan Kesimpulannya, ambil kira juga kotak kecil untuk tetamu bawa pulang. Bawa meja sendiri. Tunjukkan kesungguhan dari awal sampai selesai majlis. Dengan chafing dishes, pinggan, peralatan makanan, mangkuk, anda boleh sajikan makanan yang sedap dan stail yang berbeza beza. Katering bukan pasal makanan aje tau, ia tentang keseluruhan penyediaan, ketertiban dan kebersihan. Sentiasa bersedia untuk meningkatkan kualiti servis katering anda di setiap waktu. Dari segala aspek, mestilah sempurna! Paling penting maintain! Buat sesuatu hari ini, untuk bisnes katering anda. Supaya kehidupan anda lebih baik. Barulah kaching! Kaching! Kami Bersedia. Adakah Anda? Penghantaran Segera Perundingan Percuma Pembekal Peralatan Dapur Sehenti 20+ Tahun Pengalaman Dalam Bidang F&B Harga Perniagaan Eksklusif Servis Selepas Jualan Yang Menyeluruh Dapatkan Sebut Harga Sekarang >> Lawati Kedai Kami Setia Ecohill Taipan, Semenyih, Selangor. Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor. Taman Bukit Anggerik, Cheras, Kuala Lumpur.
Barang Wajib Ada Untuk Bisnes Katering Read More »