Jangan Biarkan Gangguan Pembekalan Barang Menjejaskan Bisnes Anda!

Kenali AlatDapur

Mudahkan Operasi Bisnes Anda.​
Jimat Wang dan Masa - Tumpukan Pada Apa Yang Penting Untuk Bisnes Anda.
Menghidangkan Makanan Lazat Kepada Pelanggan Anda.
Tonton video di bawah untuk mengetahui cara kami memudahkan operasi bisnes anda.

Menurut Kajian Terkini

76% Usahawan
Melaksanakan Tugas 3-6 Pekerja

Adakah Anda Salah Seorang Usahawan Yang Menghadapi Masalah Berikut?

Usahawan lebih banyak bekerja berbanding hampir mana-mana perkerjaan lain. 60, 80, dan 100 jam bekerja seminggu adalah perkara biasa. Tetapi, sebahagian besar masa itu digunakan untuk tugasan yang tidak meningkatkan keuntungan bisnes anda seperti membandingkan harga barang-barang dari beberapa pembekal sebelum membeli bekalan dapur baru atau memuat semula barang lama dan pergi ke beberapa kedai untuk membeli barang-barang berlainan.

Kami Membantu Meningkatkan Keuntungan

Pelanggan Kami

Operasi Perniagaan Yang Lancar
Adalah Rahsia Kejayaan Anda

Tanpa AlatDapur

Dengan AlatDapur

Jumlah Projek Kerajaan Diselesaikan
RM 0 juta
Projek Swasta dengan Nilai Antara RM100k Hingga RM200k Diselesaikan
0 +
Usahawan Dilayani
0 +
Jenis Produk Tersedia
0 +
Tahun Pengalaman Industri F&B
0 +
Kaki Persegi Kapasiti Gudang
0

Menawarkan Perkhidmatan Yang
Menjamin Kejayaan Serta Keuntungan
Perniagaan Anda

Penghantaran Segera

Kami menyimpan stok sedia ada untuk memastikan anda mendapatkan segera peralatan dapur yang diperlukan, serta mengurangkan gangguan dalam operasi bisnes anda.

20+ Tahun Pengalaman

Kepakaran kami dalam peralatan dapur untuk hotel, restoran, kafe, dan katering memastikan anda menerima penyelesaian yang paling sesuai berdasarkan jenis perniagaan dan bajet anda.

Perundingan Percuma

Kami berikan panduan dalam memilih peralatan dapur yang sesuai berdasarkan bajet dan jenis perniagaan anda, memastikan anda mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu.

Harga Eksklusif

Kami menghargai hubungan jangka masa panjang dengan anda, para usahawan. Itulah sebabnya kami menawarkan harga perniagaan eksklusif untuk menyokong perniagaan anda.

Penyelesaian Sehenti

Anda boleh dapatkan segala keperluan dapur bisnes F&B di sini. Dari periuk, pinggan mangkuk, hingga kanopi, "chafing dish" dan "hoob & hob", 16,000+ jenis produk ada di sini.

Servis Selepas Jualan

Servis kami tidak tamat selepas jualan. Perkhidmatan selepas jualan kami termasuk jaminan, penyelenggaraan, pelan pembekalan semula dll, untuk memastikan kejayaan perniagaan anda berterusan.

Berpatutan, Praktikal, Bergaya

Jenama-Jenama Kami

1.

Peralatan Memasak

4.

Barangan Minuman

3.

Peralatan Katering

2.

Peralatan Hidangan

5.

Barangan Porselin

6.

Barangan Melamine

7.

Peralatan Memotong

8.

Bekas Penyimpanan & Penyusunan

9.

Mesin-Mesin

Pembekal Peralatan Dapur Sehenti Pilihan Usahawan Malaysia Sejak 1999

Sejak tahun 1999, kami merupakan pembekal peralatan dapur yang dipercayai oleh 100,000+ perniagaan tempatan dan antarabangsa di Malaysia.

Sebagai pembekal peralatan dapur yang dipercayai, kami menawarkan lebih daripada 16,000 jenis produk berkualiti tinggi dengan harga borong kompetitif.

HARGA PERNIAGAAN EKSKLUSIFSERVIS PENGHANTARAN DALAM HARI YANG SAMA20+ TAHUN PENGALAMAN INDUSTRISOKONGAN SELEPAS JUALAN YANG MENYELURUH

Nak Kembali Menumpukan Pada Apa Yang Penting Untuk Bisnes Anda?

Hubungi Pakar AlatDapur Sekarang

Kami Sentiasa Bersedia.
Adakah Anda?

Tempah konsultasi percuma bersama pasukan kami hari ini. Ketahui bagaimana solusi peralatan dapur, penghantaran dan selepas jualan di AlatDapur Malaysia dapat meningkatkan pengalaman kulinari bisnes anda, menyelaraskan operasi dan menyumbang kepada peningkatan kepuasan pelanggan anda.

FAQs

Soalan Lazim

Kami gembira menerima pelbagai kaedah pembayaran yang digunakan oleh komuniti di Malaysia. Terima pembayaran termasuk secara tunai, kad kredit/debit, perbankan dalam talian dan Touch ‘n Go. Untuk transaksi kad kredit, kami mengalu-alukan seperti Affin Bank, Alliance Bank, Ambank, Bank Islam, CIMB, Hong Leong, HSBC, Maybank, OCBC, Public Bank, RHB, UOB dan banyak lagi.

Ya, kebanyakan kad kredit yang kami terima di premis kami menyediakan plan ansuran dengan kadar faedah 0% sehingga 36 bulan. Tempoh ansuran khusus ditentukan oleh bank pengeluar kad anda dan ianya mungkin berbeza dari bulan ke tahun.

Jika anda pelanggan baru, sila klik butang “Dapatkan Serbut Harga Sekarang >>” di atas. Berikan maklumat terperinci di dalam borang tersebut. Pasukan perunding kami yang berdedikasi akan membantu dalam masa 1 jam semasa waktu perniagaan kami, iaitu bermula dari jam 9 pagi hingga 7 malam setiap hari.

Setelah menerima bayaran, kami akan segera memproses pesanan anda. Jika stok produk tersedia ada, anda boleh jangkakan penghantaran dalam masa 2 jam ke kawasan Lembah Klang. Untuk pesanan yang memerlukan penghantaran segera, sila sahkan jangka masa penghantaran dengan wakil kami sebelum membuat pembayaran.

Kedua-dua laman web, www.alatdapurmy.com dan www.alatdapur.com.my, dimiliki oleh AlatDapur Malaysia dan diawasi oleh pasukan teknologi dalaman kami. www.alatdapurmy.com didedikasikan untuk menyediakan maklumat berharga yang disusun khas untuk usahawan atau bakal usahawan, menjadikannya platform Perniagaan-kepada-Perniagaan (B2B). Sementara itu, www.alatdapur.com.my umumnya berkongsi kandungan berorientasikan pengguna dan tawaran promosi kepada pengguna, menjadikannya platform Perniagaan-kepada-Pengguna (B2C).

ms_MYMalay